Penindasan oleh dinasti Sungga (abad ke-2 sampai abad ke-1 SM) Sejarah_agama_Buddha

Dinasti Sungga (18573 SM) didirikan pada tahun 185 SM, lebih kurang 50 tahun setelah mangkatnya Maharaja Asoka. Setelah membunuh Raja Brhadrata (raja terakhir dinasti Maurya), hulubalang tentera Pusyamitra Sunga naik takhta. Ia adalah seorang Brahmin ortodoks, dan Sunga dikenali kerana kebencian dan penindasannya terhadap kaum-kaum Buddha. Dicatat ia telah "merosak biara dan membunuh para sami" (Divyavadana, m.s. 429–434): 84,000 stupa Buddhisme yang telah dibangun Asoka dirosak (R. Thaper), dan 100 keping duit syling emas ditawarkan untuk setiap kepala sami Buddha (Indian Historical Quarterly, Jilid XXII, halaman 81 dst. dikutip di Hars.407). Sejumlah besar biara Buddha diubah menjadi kuil Hindu, seperti di Nalanda, Bodhgaya, Sarnath, dan Mathura.